"dalam jasad anak Adam ada seketul daging yang mana baik daging itu, baiklah seluruh anggota jasad. jika jahat, maka jahatlah seluruh anggota badan. ketahuilah..daging itu adalah hati"- al-hadis

3 Sept 2012

..kereta park tepi jap. salam~


Di pagi jumaat yang hening~

"kak ngah! Rasa-rasakan kalau jadi orang tua, apa perasaan kalau anak ko di hantar kawan balik rumah, and at the same time ko Nampak, tapi kawan dia tak menyapa buat tak tahu je." kata ibunda 
"ermmm tak tahu la! nape?" kata bonda *almaklum x penah jadi orang tuakan* 
"..........sekurang2 nya menyapa la. kalau nampak orang tua. turun, salam ke. nampak macam takde adap! kalau memang tak nampak to dah lain cite la" kata ibunda

..ok! ini adalah conversation di antara bonda n ibunda.

..apa yang bonda nak share di sini adalah akhlak bersama orang tua sahabat kita.

..kita selalu sahaja keluar dengan kawan-kawan dan kadang-kadang tumpang kereta kawan, bila balik dia akan hantar sampai depan rumah. Agak-agak jikalau ternampak orang tua kawan yang kita hantar itu apa kebiasaan kita akan lakukan???
  • tak buat apa-apa. kawan dah kuar kereta. jalan~
...hadoooi jangan la buat macam ini wahai anak bonda. itu la yang ibunda cakap. "macam takde adap" nak kuar dengan anak, tapi sombong dengan orang tua. Mungkin kita macam tidak perasan orang tua kawan to. ini la peranan kawan kita "mak/ayah aku ade kat depan to" mesti kawan kite akan cakap macam to kan? Makanya… kite faham-faham la.

...memang lagi sakit! kalau situasi di mana pakwe/awek antar balik rumah then orang tua nampak, kita tidak menyapa. memang persepsi orang tua to negative la kan? Belum-belum ade cirri-ciri rejected! haaaaa mendapat lah!
  • malas nak kuar. jauh! turunkan tingkap~ senyum ^___^
...yang ini ok jugaklah kan? xde la menyombong sangat! sebab jauh. sekurang-kurang nya kita sedar akan keberadaan orang tua to. 
  • kete park tepi jap. salam~

...yang ini lagi ok! kita luangkan sedikit masa dengan orang tua kawan kita selapas berjam-jam dengan anak dia. salam.. tanya kabar sikit then balik la~ nampak ramah sikit la kan. Di situ ada ciri-ciri hormat dengan orang tua. (tapi kalau dah bukan muhrim jangan la salam yea) 

..mungkin ini la yang ibunda bonda nak terangkan. ADAB.
..pandangan orang tua ni sangat halus. menitik beratkan sifat dan perilaku. ianya lebih kepada AKHLAK. bagaimana kita membawa diri dalam berso-sial dan ia membezakan diri kita dengan orang lain.

..ibunda bonda selalu pesan ;
"tinggi mana pun kau belajar, degree ke master ke. belum tentu menjamin ketinggian akhlak kau. kalau kau pandai tapi akhlak kau dengan orang tua hancur! failed! sama jugak bila perhubungan kita dengan Allah"
..kita remaja ni kadang-kadang tidak sensitif dengan benda ini semua. main blasah aje!

..semoga entry kali ini memberi manfaat kepada kita semua.

Wa jazakallah hukhairon kathira

..bONda..