"dalam jasad anak Adam ada seketul daging yang mana baik daging itu, baiklah seluruh anggota jasad. jika jahat, maka jahatlah seluruh anggota badan. ketahuilah..daging itu adalah hati"- al-hadis

30 Aug 2012

..dOa sAHabat

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Berdasarkan beberapa hadis Nabi Muhammad saw terdapat 7 golongan manusia doa mereka mustajab disisi Allah swt. antara golongan tersebut ~
  • ke1 : doa orang tua kepada anaknya
  • ke2 : doa seorang musafir sampai ia kembali dari perjalanannya
  • ke3 : doa orang yang dianiaya
  • ke4 : doa orang yang berpuasa sampai ia berbuka puasa
  • ke5 : doa seorang pemimpin yang adil
  • ke6 : doa seorang sahabat kepada saudaranya dikejauhan yang keduanya saling bertemu dan berkasih sayang hanya mengharap redha Allah swt semata
  • ke7 : doa anak yang soleh kepada kedua ibu bapanya
Di sini apa yang bonda nak high light betapa bernilainya seorang sahabat. kita mempunyai ramai kawan-kawan disekeliling tapi hanya segelintir sahaja yang boleh digelar sahabat atau teman disaat suka dan duka malah yang boleh mendoakan kita. 

Persahabatan dalam islam adalah persahabatan kerana Allah swt. bertemu dan berpisah semata-mata kerana Allah swt untuk menjalankan kewajipan dakwah untuk amal makruf nahi mungkar.  Doa di antara dua sahabat yang berkasih sayang dan menjalin ukhwah islamiah adalah makbul disisi Allah swt.

"Dan tidak beriman seseorang daripada kamu sehinggalah dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri" HR Anas Ibn Malik

Bagi mendapat sahabat yang baik kita perlu menjadi baik dahulu kan? kalau hanya mengharap tapi tidak memberi mana dapat hasil nya kan? Niat yang ikhlas dalam bersahabat adalah penting. kalau berkawan hanya kerana wang, kepandaian atau apa-apa sahaja untuk kepentingan diri sendiri, mungkin perhubungan yang terjalin tidak ke mana. Jika niat bersahabat kerana Allah perhubungan terjalin akan kekal.
in sha Allah~


bac 2011/2012 ukm
**semoga kita bersama2 berjuang bagi mendapatkan segulung ijazah**