"dalam jasad anak Adam ada seketul daging yang mana baik daging itu, baiklah seluruh anggota jasad. jika jahat, maka jahatlah seluruh anggota badan. ketahuilah..daging itu adalah hati"- al-hadis

28 Sept 2012

..stok geli-geli


alamak! geli-geli tau.. hehehe~ entry kali ini adalah writing oleh kawan bONda nora amira. masa dok kemas2 meja opis terjumpa artikel ini..
so.. enjoy your reading dear ^-^

Seorang rakan yang baru mendapat satu pesanan ringkas (sms) ditelefon bimbit sony Ericsonnya. Lalu tersebut satu ayat “perempuan ini stok geli-geli aku saje nie”…stok geli-geli?? Sejuah mana seorang perempaun itu dinilai atau dilabelkan sabagai stok geli-geli.. ia menarik minat aku untuk mengetahuinya.
Maka tercetus 4 perkara asas yang dilihat lelaki apabila seorang perempuan lalu dihadapan mereka ;

  • rupa paras 
Perkara ini aku ungkitkan. Apa ada pada paras rupa? Mengapa perlu lihat rupa.. lalu jawab seorang teman “untuk kepuasan….” aku jadi jengkel.. kepuasan? Apa yang dilihat pada tubuh perempuan.. maka, jawab mereka “fizikal” asset perempuan kene cantik, baru sedap mata memandang. Lalu aku ungkitkan, perlu cantikkah? Perlu body 36’24’36’ kah? Dan jawapan ini cukup melegakan. “lelaki pandang pada paras rupa untuk pertama kalinya, kerana kalau nak dinilai dari kejujuran, bukan boleh dilihat sehari dua. Maka perkara pertama yang diukur adala paras rupa” berbalik pada cita rasa, cantik itu sangat subjektif! Maka buat aku tersenyum ^-^
the beauty & the ugly 
  •  harta
Tak pernah terfikir sebelum ini tentang topic ini. Sehingga kawan-kawan lelaki menyenaraikan ini sebagai salah satu cabang menilai perempaun. Wah~ sekarang lelaki pun pandang hartakah? Jawapan mereka betul-betul membuka minda. Perlu tengok taraf dia untuk buka bicara mengorat. Hahaha. Betul juga kata mereka, kalau perempuan itu memandu BMW, takkanlah lelaki bermotor cabuk mahu mengorat. Tidak terlarat rasanya, bukan tidak pandai ayat, namun mereka “maintenance tinggi!” tergelak aku mendengarnya. Betul juga kata mereka, kalau lihat kereta serta pakaian mereka, mereka akan menilai lelaki mana yang patut berada disisi perempuan tersebut. Aku tidak menyangkal, sebab perempuan sekarang pun boleh tahan demanding nya~
  •  keturunan
Dalam banyak2 kategori, tak sangka mereka sebut ini. Soalan pertama aku ajukan “kenape?” rupanya sejahat-jahat lelaki atau senakal-nakal lelaki, mereka juga impikan perempuan yang baik-baik sahaja menjadi teman hidup. Bukan yang jenis main kayu 3, bukan dari keturunan tak baik, bukan dari segala macam benda tak elok dalam dunia ini boleh mencemarkan nama baik. Namun, janji Allah “orang baik untuk pasangan yang baik, orang jahat untuk pasangan yang jahat” jadi lu pikirlah sendiri~
  • stok geli-geli

Ini akan dilihat setelah perempuan itu Berjaya di’ayat’kan oleh seseorang lelaki. Kadang-kadang perempuan jenis ini jujurnya tak kene tempat. Selalunya mereka yang dikelaskan dalam kategori ini adalah mereka yang sudah pun berpasangan namun masih mahu mencari teman lelaki lain. Bukan pasang kayu tiga kata mereka, Cuma mahu kenalan ramai. Lalu perempaun begini hanya akan menjadi mainan lelaki. Boleh keluar bersama, malah kalau yang sangat pemurah hati, boleh berpegangan tangan dan berkelakuan seperti pasangan kekasih ketika keluar janti tidak ‘kantoi’

makanya kepada anak-anak bONda adakah kita sebagai stok geli-geli?
dipetik dari status fb sahabat bONda

"kita mungkin bukan macam permata.. tapi jangan biarkan diri kita langsung tiada harga. kita mungkin bukan macam malaikat.. tapi itu bukan lesen untuk kita terus hampiri maksiat" ='(

2 comments:

  1. heee..lame dah kot artikel ni..aku pun lupe bile aku tulis..hahah..:)

    ReplyDelete
  2. cinta memang subjektif
    heheehhee
    stok geli-geli ni yg tak best ni kan
    be the first and teh last la bagus kan

    ReplyDelete