"dalam jasad anak Adam ada seketul daging yang mana baik daging itu, baiklah seluruh anggota jasad. jika jahat, maka jahatlah seluruh anggota badan. ketahuilah..daging itu adalah hati"- al-hadis

26 Sept 2012

..dosa semalam

andai dosa itu berbau, pasti busuk melekat tubuh
insan yang hina jatuh tersungkur menyembah bumi
hati meronta mencari cahaya yang lebih terang

tubuh terus dibelengku nafsu yang menjadi raja
tangan menadah meminta pada yang Esa
agar diri tidak jauh dari rahmat-Nya

Ya Allah,
mengapa diri tidak takut dengan siksa neraka Mu
adakah hati sudah dipenuhi dengan titik hitam
tariklah diri ku kembali supaya tidak sesat dengan dunia
agar diri sentiasa lunak dengan kasih sayang Mu

Ya Allah,
ku tidak mampu menangis kerana dosa
hati keras seperti kerikil
ku cuba menangis dengan berasa kesal
tetapi gagal!

Ya Allah,
kerasnya hati ini
andai hati ku sudah mati
kurniakanlah ku hati yang baru
agar diri sentiasa di bawah rahmat Mu
supaya tiada lagi dosa semalam

-bONda-

No comments:

Post a Comment