"dalam jasad anak Adam ada seketul daging yang mana baik daging itu, baiklah seluruh anggota jasad. jika jahat, maka jahatlah seluruh anggota badan. ketahuilah..daging itu adalah hati"- al-hadis

12 Sept 2012

..muka chantEk sink chantEk

"alahai sejuk mata memandang, siapa dapat pompan nie mesti bertuah badan"
kebiasaan dialog yang kita dengar bila ada mulut yang mengeluarkan ayat tersebut. CANTIK sangat subjektif kan? ia bergantung kepada mata yang melihatnya. bagi anak teruna atau atau mak-mak mesti mereka ade kriteria-kriteria yang diletakkan bagi mendapatkan calon isteri atau menantu, antaranya ada yang nak cantik macam maria sharapova *urff, mesti ada degree, mesti pandai masak atau apa-apa sahaja mengikut tekak masing-masing.

tetapi di sini bonda ade beberapa tips ingin dikongsikan bagi anak teruna yang sangat menitik beratkan KEBERSIHAN rumah. bagaimana kita melihat seseorang perempuan tersebut dalam berthaharah.

apa itu thaharah?

thaharah atau bersuci adalah membersihkan diri dari hadas, kotoran dan najis dengan cara yang telah ditentukan. secara bahasa thaharah ertinya membersihkan diri dari kotoran, baik kotoran yang wujud maupun kotoran yang tidak wujud. Allah berfirman
Artinya : "sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang mensucikan diri"
Dalam islam sangat menitik beratkan kebersihan kerana ianya separuh dari iman. kalau tempat tinggal kita kotor, bersepah, semak boleh ke kita hidup tempat yang macam to? tempat tinggal tak macam hotel takpe janji BERSIH kan?
"muka je cantik tapi pengotor 
**bebelan ibunda yang selalu terkeluar* hoho~

bagi anak-anak teruna bagaimana kita nak lihat perempuan itu menjaga kebersihan rumah? senang saja~

bertandang ke rumah perempuan tersebut~ dari situ kita boleh lihat sendiri bagaimana dia menguruskan rumah mereka. antara "hot sport" yang boleh dilihat ;

  • ruang tamu
ofcoz la kan? sebab masuk-masuk je tak kan nak masuk bilik tidor. urff~
lihat keadaan ruang tamu bersih atau tidak. adakah anak bonda selesa dengan keadaan tempat tersebut?
pijak lantai macam boleh tidur ; so success~
kalau pijak lantai kaki jinjit-jinjit rasa "ngeres" ; so jangan putus asa pergi next stage
**ngeres - made in javaness language - kaki rasa tidak selesa pijak ^-^
  • pergi toilet
pergi la konon-konon buang apa-apa yang patut
rasa-rasa bersih dan suci ; so success~
rasa-rasa tak lepas inspection ; go next stage **chaiyok-chaiyok~
  • ke dapur
buat-buat la rajin nak basuh tangan ke, tolong angkat pinggan ke dapur ke. nampak jugak ala-ala bakal suami rajin kan. lihat keadaan dapur dan paling penting SINK, tempat cuci pinggan.
adakah sink bersih seperti sentiasa dibersihkan ; so success~
adakah sink seperti ala geli-geli ; ok! boleh tepuk dahi~ 
*cerita teladan.. al-kisah~
terdapat satu rombongan merisik ke rumah bakal menantu. si mak mertua seorang yang pentingkan kebersihan. bila ke dapur ala-ala konon rajin basuh pinggan padahal nak tengok sink je. ok~ agak-agak kan apa hasil dari kerajinan bakal mak mertua tersebut?
Rombongan pertunangan cancel sebab sink kotor. huhu~ makanya jangan pandang remeh even sink didapur.
  • bilik tidur
takkan la tetiba nak masuk bilik anak dara orang kan. ceh~ 

maka ceritanya kita hendaklah menjaga kebersihan diri mahupun sekeliling terutama tempat tinggal kita tidak kira kita lelaki atau perempuan.

tips dikongsi adalah sekadar penglihatan orang-orang yang lebih senior dari bonda. ia bergantung juga kepada sejauh mana kita menilai seseorang itu dari mata hati..


^.^
bONda~

No comments:

Post a Comment